suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

[V] Ernie Zakri ‘speechless’ menang Vokal Terbaik AJL39, kebetulan konsep persembahan seperti Ariana Grande

BERJAYA merampas kembali kategori Vokal Terbaik di Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39), penyanyi Ernie Zakri menganggap kemenangan itu merupakan rezeki daripada Allah SWT.

Tidak menjangkakan keputusan itu, Ernie atau Nur Ernie Shahirah Zakri, 33, berkata, dia gembira namun pada masa sama tidak mampu mengungkap kemenangan yang diperoleh dengan kata-kata.

NP_-_2025-02-17T103147.042

Ernie menang kategori Vokal Terbaik AJL39.

"Saya tak jangka akan menang Vokal Terbaik, Alhamdulillah rezeki dari Allah dan permulaan 2025 yang indah.

“Usaha beberapa bulan ini membuahkan hasil, jadi saya sangat gembira.

“Terus terang saya agak membisu bila diumumkan menang Vokal Terbaik," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Hening Rindu’ juara AJL39, Vokal Terbaik milik Ernie Zakri

ARTIKEL BERKAITAN: Syamel dan Ernie Zakri tiada rahsia, saling kongsi cerita elak timbul salah faham

Ernie berkongsi perkara itu ketika ditemui semasa sidang media AJL39 di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada malam Ahad.

Dalam pada itu, menerusi tinjauan di media sosial, rata-rata netizen berpendapat persembahan ditunjukkan Ernie seperti diinspirasikan oleh penyanyi Ariana Grande. 

Bagaimanapun jelas Ernie, dia sama sekali tidak meniru konsep persembahan Ariana dan berkata ia hanyalah satu kebetulan.

NP_-_2025-02-17T103107.699

Netizen merasakan persembahan Ernie diinspirasikan oleh Ariana.

"Tidak, hanya kebetulan sahaja yang Ariana Grande tu," jelasnya.

Pada malam Ahad, Ernie dinobatkan sebagai pemenang kategori Vokal Terbaik AJL-39 menerusi lagu Aura.

Lagu Aura merupakan ciptaan Ernie bersama John Jeeves dan Firdaus Rahmat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain