suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Riena Diana sedia beri bimbingan agama, minta jangan bandingkan kisah hijrah bekas isteri Keith Foo

PELAKON Riena Diana memberitahu dia lebih selesa sekiranya tidak mendedahkan kepada umum mengenai bimbingan agama yang diberikan olehnya kepada Keith Foo.

Kata Riena atau nama sebenarnya Nur Qamarina Diana Zulreal, 28, dia enggan terlalu memaksa Keith, namun bersedia memberi sokongan jika kekasihnya itu mahu mendalami Islam.

“Memang ada tapi perkara seperti ini... tapi biarlah kami simpan sebab saya rasa hal macam ini tak boleh dipaksa, nenek saya pun khuatir bila cakap soal agama ni, malah keluarga pun ada berbincang bila bab agama ni.

“Masih dalam proses pembelajaran buat masa ini dan setakat ini penerimaan Keith okay saja. Malah, kalau dengan orang lain yang bukan beragama Islam pun saya tetap akan berikan pendedahan sama.

“Saya memang seronok nak ajar dia (Keith) soal agama sekiranya dia bertanya... tapi buat masa ini biarlah rahsia dulu, andai kata Ketih nak peluk Islam atau mendalami agama ke, saya akan berikan ruang buatnya,” kata Riena kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi