suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kerja kuat, ikhlas dan jangan tinggal solat... Hattan nasihat artis baharu usah cepat putus asa

PENYANYI Datuk Hattan menasihati penyanyi baharu untuk tidak cepat berputus asa sekiranya percubaan mereka menghasilkan lagu tidak berjaya seperti diingini.

Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri Shahabudin, 59, berkata mereka haruslah mempunyai semangat dan sentiasa meletakkan kepercayaan dalam setiap hasil kerja yang dilakukan.

“Kena cuba contohi seperti penyanyi Hazama dan kumpulan Barbarik yang masih keluarkan album walaupun sudah lama ada dalam industri.

“Kena yakin dan kepada adik-adik yang baru ni jangan takut dan kena mencuba, kalau boleh jangan cepat sentap sebab kalau selalu sentap nanti akan bawa kepada kegagalan.

“Yang paling penting kena kerja kuat, iklas dan jangan tinggalkan solat, pasti ada rezeki akan datang,” kata Hattan kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi