suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Niezam Zaidi kagum cara kerja Syamsul Yusof, profesional di set penggambaran... “Allah uji hamba yang hebat”

PELAKON Niezam Zaidi mengagumi bakat dan sikap profesional yang ditunjukkan oleh pengarah tersohor Syamsul Yusof.

Meskipun Syamsul sedang berdepan ujian peribadi, namun Niezam, 32, memuji pengarah itu kerana masih mampu menguruskan masalah dengan baik dan tidak terbawa-bawa ketika berada di set penggambaran.

“Dia seorang yang hebat sebab tu Allah uji hambanya dan mampu laluinya, saya syukur sebab dipertemukan dengan insan sepertinya serta dapat bekerja sekali dalam filem Original Gengster walaupun dalam keadaan sukar tapi dia okay.

”Saya kagum dengan sifat Syamsul Yusof kerana walaupun dia ada pelbagai ujian saat ini namun tetap tenang saja dan mampu lakukan kerja macam biasa.

“Bagi saya dia hebat sebab tahu seimbangkan antara hal peribadi dan kerja malah dekat set pun langsung tak nampak apa-apa macam tiada apa yang berlaku,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi