suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lama tak tercalon anugerah, Shah Iskandar nak cari peminat baharu bantu undi

PELAKON Shah Iskandar menyatakan keterujaan apabila namanya tercalon dalam Anugerah Bintang Popular (ABP) bagi kategori Pelakon Pembantu Lelaki Popular.

Shah atau nama sebenarnya Shah Iskandar Mahfuz, 42, berkata dia sama sekali tidak menyangka namanya tercalon dalam anugerah tersebut.

“Saya pun tak sangka sebenarnya, tiba-tiba orang rumah beritahu saya tercalon dalam anugerah Pelakon Pembantu Lelaki TV.

“Kalau saya tengok calon-calon lain bukan biasa-biasa jadi saya rasa sangat teruja mana tahu nanti saya akan buat comeback suatu hari nanti,” katanya kepada mStar.

Dalam pada masa yang sama, dia tidak terasa kecil hati apabila pelakon-pelakon senior kurang mendapat tempat dalam pembikinan filem pada masa kini.

“Zaman sekarang ini orang akan buat apa saja untuk menonjolkan diri, berbeza dengan zaman saya dahulu bagi saya itu tidak salah tetapi itu adalah evolusi dunia hiburan,” ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi