suria

Tersentuh nyanyian Bulan Asyraff, sampai BCL pun menangis.. Rupanya sedih adik sedang sakit

MENDAPAT pujian dan standing ovation daripada juri program Gimme The Mic iaitu Bunga Citra Lestari dan Ajai, penyanyi Bulan Asyraff tak menyangka persembahan minggu kedua dan ketiganya itu menyentuh hati juri serta penonton.

Di sebalik kegembiraan itu, Bulan memberitahu dia menyembunyikan satu kepedihan apabila adik kandungnya iaitu Nur Shakilla sedang menderita sakit buah pinggang.

“Alhamdulilah saya memang teruja serta tak sangka malam tu persembahan saya dapat pujian kerana apa yang saya nyanyi tu memang rezeki, lagu tu memang saya sendiri pun nangis dan bukan senang nak bagi orang nangis kan.

“Tekanan terutama bila dalam pertandingan tapi lagi terasa apabila baru-baru ini saya dapat berita adik saya derita sakit buah pinggang dan hanya tinggal dua peratus saja tinggal,” katanya kepada mStar.

Menurut Bulan, tahap kesihatan adiknya kurang memberangsangkan kerana buah pinggangnya sudah kritikal dan memerlukan penderma secepat mungkin.

“Keadaan adik saya memang tak okay dan doktor terpaksa tebuk leher untuk jalani rawatan dialisis, sekarang ni memang kena tunggu penderma buah pinggang baru adik saya okay,” ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi