suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Haqiem Rusli sedar populariti kurang sejak kahwin, anggap teguran sebagai nasihat... “Saya lagi respect cakap depan-depan”

PENYANYI Haqiem Rusli menyedari namanya kurang menjadi sebutan dan popularitinya tidak lagi seperti dahulu selepas mengambil keputusan berkahwin.

Justeru itu, Haqiem atau Ridzuan Haqiem Rusli, 26, berkata dia perlu melakukan sesuatu agar kekal relevan dan diingati peminat.

“Perkahwinan ni bagi saya adalah satu lumrah untuk setiap penyanyi yang akan merasa sedikit terkesan pada satu tahap tu dan akan beri kesan pada kerjaya juga.

“Saya buat kajian bukan saya saja tapi semua penyanyi macam tu, tapi sebagai seorang penyanyi memang kena ada satu kesedaran dan tanggungjawab untuk kekalkan nama relevan dalam industri dengan terus hasilkan karya buat peminat,” kata Haqiem kepada mStar.

Dalam pada itu, Haqiem turut meluahkan rasa lega apabila kisah sensasi dan kontroversi membabitkan isterinya iaitu Anis Sofea semakin kurang mendapat perhatian netizen.

“Sebagai orang dikenali perkara itu memang tidak boleh lari, tapi apa yang berlaku tu saya anggap mereka cuma beri nasihat saja tapi kalau boleh tegur la secara depan jangan hanya di media sosial saja,” ujar Haqiem.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi