suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tyzo berjaya buka pintu hati kakak Kak KM, tapi sayang cinta ditolak... “Susah nak jumpa orang baik”

PENYAMPAI radio Tyzo Xander menafikan dakwaan kononnya dia dan usahawan Lydia Rosli sedang hangat bercinta.

Menurut Tyzo atau Tuah Zulqornian Idris, dia selesa berkawan dengan kakak kepada usahawan Kak KM itu namun belum terfikir untuk menamatkan zaman bujang bersama wanita itu.

“Sebenarnya saya dengan Lydia kawan baik sebab masing-masing ada perniagaan jadi tiada apa-apa istimewa sebab saya berkawan dengan semua orang.

“Belum lagi ada kata putus hubungan istimewa buat masa ini, saya tidak boleh kata ya sebab tak pasti lagi apa yang akan berlaku pada masa akan datang,” kata Tyzo kepada mStar.

Dalam pada itu, Lydia Rosli memberitahu dia terbuka hati untuk menerima Tyzo sebagai suami namun hasrat itu tidak mendapat respon yang baik daripada Tyzo.

“Saya memang berkawan dengan dia tahun lepas tapi dia lambat masuk meminang, saya memang suka dengan dia sebab dia berjaya buka pintu hati yang pernah tutup untuk lelaki lain sejak 10 tahun lalu.

“Mak saya pun okay dan tanya tahun lepas bila agaknya nak langsung tapi dia tak cakap apa-apa tak kan saya nak perigi cari timba kan” kata Lydia kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi