suria

Merrah seronok jadi pelakon, anak Awie enggan tumpang populariti bapa

MENGIKUTI jejak langkah bapanya iaitu Datuk Awie, penyanyi Merrah memberitahu dia enggan ambil pusing kata-kata negatif kononnya dia menumpang populariti bapa.

Sebaliknya, Merrah atau Putra Ahmad Merrah, 17, berkata dia berusaha keras mencari peluang mengembangkan lagi bakat seninya dan enggan bergantung harap pada bapanya itu.

“Kalau selepas ni saya dapat rezeki daripada ayah untuk dapat job berlakon saya okay saja tapi saya akan cari jalan sendiri untuk cari rezeki dan karier seni saya.

“Saya tengok rezeki selepas ni ke arah mana tapi kalau tanya memang lebih kepada arah lakonan buat masa ini.

“Banyak tekanan tu yang saya terima bila ramai tahu saya anak Datuk Awie, kalau saya ambil tindakan apa yang saya dapat daripada kata-kata mereka tu, lebih baik jangan layan saja kritikan orang ni,” katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain Merrah bakal muncul dalam filem lakonan pertama arahan bapanya berjudul Rebel: Berontak Untuk Berotak yang bakal menemui pawagam pada 2 Mei nanti.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi