suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

MK K-Clique jaga privasi, ada sebab enggan terlalu awal kongsi berita kehamilan isteri

TIDAK menafikan atau mengiyakan spekulasi kehamilan isteri, penyanyi MK K-Clique berkata dia akan berkongsi perkhabaran itu apabila tiba masa sesuai.

MK atau Muhammad Hairi Amin, 28, bagaimanapun berkata dia dan isteri iaitu Siti Hajaar memohon orang ramai mendoakan agar urusan mereka itu dipermudahkan.

“Saya sebenarnya tak nak nafikan atau cakap ya kerana akan datang waktu yang tepat akan saya kongsikan kepada umum cuma sekarang saya harapkan doa yang baik daripada semua.

“Kita sama-sama nantikan saja tapi doa yang paling penting, saya bukan tak mahu kongsi perkara ini sebab kena tanya persetujuan isteri... bukan nak sorok atau apa tapi kami mahukan privasi.

“Kadang-kadang berita baik ni kena sorok sehingga ia terjadi jadi keputusan yang kami buat ini memang nak tunggu waktu yang tepat dan perkara tersebut berlaku jadi baru sesuai untuk kami kongsikan kepada peminat dan semua,” kata MK kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi