suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ayai dedah sikap penyanyi muda pamer sikap biadab, langsung tak reti bagi salam

PENYANYI Ayai meluahkan rasa terkilan dengan sikap segelintir penyanyi baharu yang seolah-olah tidak tahu menghormati artis lebih senior daripada mereka apabila bertemu di majlis hiburan.

Ayai atau Zaharuddin Kamaruddin, 61, berkata, dia sendiri pernah melihat sendiri perkara itu selain ada di antara mereka mempamerkan sikap bermegah di hadapan artis lebih berusia.

"Kalau penyanyi muda bertemu penyanyi veteran dalam ruang bilik menunggu, apa salahnya beri salam dan bersalam salaman.

"Itu saja yang kita mahu, bukannya kita nak dihormati berlebih-lebihan," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Ayai turut meluahkan hasrat mengundurkan diri daripada dunia hiburan sekiranya dia sudah tidak diperlukan lagi.

"Rezeki Allah yang tentukan, jadi apa yang saya dapat sudah bersyukur.

"Jika ada minta saya undurkan diri, saya akan buat, insya-Allah," ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi