suria

Suka tengok kemesraan Yasmin Hani dan Alif Hadi, belum umum tarikh tapi dah ramai nak sponsor kahwin

PELAKON Yasmin Hani memberitahu dia dan pasangannya Alif Hadi ada memasang impian untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat ini.

Meskipun belum mendedahkan tarikh untuk berkahwin, Yasmin atau nama sebenarnya Yasmin Hani Ismail Richardson, 44, berkata mereka sudah menerima banyak tawaran tajaan daripada pelbagai pihak.

“Saya sudah berapa lama kan single, jadi kalau boleh memang nak secepat mungkin (kahwin) tapi buat masa ini belum ada tarikh lagi.

“Sebenarnya saya jadi takut pula sebab bila selalu post dekat sosial media yang momen romantik ramai ingat majlis akan meriah.

“Kalau boleh kami nak buat yang biasa-biasa saja, cukup sekadar ambil gambar kahwin yang cantik.

“Ramai juga yang tawarkan untuk beri tajaan kepada kami sampai ada jurusolek artis terkemuka dah bagi nama untuk taja sedangkan belum ada tarikh nikah lagi,” kata Yasmin kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi