suria

Mengundi PRN Kedah, Fikry Ibrahim pilih pemimpin bersih tanpa rasuah… Ada niat masuk politik bantu rakyat

SEMPENA Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal diadakan pada 12 Ogos ini, pelakon Fikry Ibrahim menasihati masyarakat supaya berpolitik secara matang dan berhemah.

Menyentuh mengenai pemilihan PRN Kedah, Fikry atau Ahmad Fikry Ahmad Ibrahim, 29, berkata dia menyokong calon yang bersih dan tidak menerima rasuah.

“Kita rakyat Malaysia kena berfikiran terbuka. Saya sejujurnya minat politik tapi tak adalah sampai maki orang kalau tak setuju.

“Tak setuju itu kita faham, cuma diam dan tak perlu sampai nak hina ustaz atau tokoh negara.

“Tak kisahlah pembangkang atau kerajaan, kita kena tunjuk contoh yang baik. Pemimpin pun kena tunjuk contoh kepada rakyat,” katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Fikry bakal ke layar perak buat pertama kalinya dalam filem Rahsia yang bakal ditayangkan pada 10 Ogos 2023.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi