suria

Exists ramai vokalis? Ezad Lazim jawab kekeliruan peminat, anggap sama macam kumpulan Dewa 19

PENYANYI Ezad Lazim mengakui masih ramai yang keliru dengan identiti kumpulan Exists yang dilihat bertukar-tukar penyanyi.

Kata Ezad atau Mohd Rohaizad Mohd Lazim, 44, konsep kumpulan Exists sama seperti kumpulan seberang iaitu Dewa 19 yang juga menampilkan penyanyi baharu tetapi dalam masa sama penyanyi lama akan tetap membuat persembahan.

“Kalau kita lihat kumpulan dari seberang iaitu Dewa 19 juga ada penyanyi baharu lepas itu jika ada reunion mereka bawa penyanyi lama juga.

“Macamtulah juga konsep Exists yang saya nampak sekarang.

“Saya akui masih ramai lagi yang keliru dan ada yang tak dapat terima tetapi nanti sedikit sebanyak orang ramai akan menerima perkara ini,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi