suria

Saiful Apek tak kisah tidak dikenali Hetty Koes Endang... tapi jangan nilai terlalu awal - “Ini bukan karaoke boleh pilih lagu”

PELAWAK Saiful Apek menganggap kritikan juri tetap program Gegar Vaganza 8 (GV8) iaitu Hetty Koes Endang yang menyifatkan persembahan dia dan Yassin tidak sesuai dengan lagu sebagai tidak adil.

Menurut Saiful atau Mohd Saifulazam Mohammad Yusoff, 52, berkata, pihak juri tidak boleh membuat penilaian tentang persembahan tersebut pada minggu pertama kerana masih terlalu awal.

“Pada saya macam tidak adil untuk bebankan penilaian itu. Saya pernah jadi juri dan tahu implikasi bila duduk sebagai peserta saya akan dikritik juri.

“Pada saya jujurnya saya rasa macam terlalu awal untuk menilaikan kami sebab semua orang kena nyanyi lagu sendiri.

“Saya tidak kisah dia kenal atau tidak kerana dia menilai melalui vokal tapi ini minggu pertama, masih ada banyak lagi masa untuk bawa lagu yang lebih mencabar.

“Kalau nak cakap pilih lagu yang sesuai pun lagu itu bukan kami yang pilih... ini GV bukan karaoke boleh pilih-pilih lagu, kena beri tahu pada produksi untuk beri lagu yang sesuai,” ujarnya kepada mStar.

Sementara itu, Saiful Apek juga mengakui pentas GV8 adalah cabaran dan pembelajaran dirinya di bidang nyanyian.

Tambahnya lagi, dia dan Yassin memikul tanggungjawab besar kerana menjadi pelawak pertama yang menyertai GV.

“Kami rasa berat, tanggungjawab kita memang berat kali ini kerana kami pelawak jika nak dibandingkan dengan peserta lain yang semua rata-rata makanan mereka,” katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Semua
Hiburan
Berita
Variasi