Top 5 Viral: Rezeki gulung kertas jadi duit, gadis berbaju kurung jatuh terlentang main boling

ANTARA kisah Top 5 Viral minggu ini ialah mengenai pengalaman Da'i Wan berdepan dengan seorang pelanggan 'kurang adab' yang memotong barisan ketika sedang membeli nasi lemak.

Seterusnya mengenai seorang guru besar yang tidak dapat menahan rasa sedih ketika hari terakhir perkhidmatannya di sebuah sekolah rendah.

Tidak ketinggalan, kisah seorang gadis yang jatuh terlentang ketika bermain boling gara-gara memakai baju kurung.

Selain itu, kisah seorang ibu yang tampil dalam video TikTok empat generasi turut mencuri perhatian netizen kerana wajahnya yang tidak dimamah usia.

Paling mendapat tumpuan, kisah seorang gadis yang kreatif menghasilkan seni quilling sehingga mampu menjana pendapatan sampingan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Semua
Hiburan
Berita
Variasi