suria

Top 5 Viral: Pelajar ‘sumbat’ botol kicap masuk beg sekolah, Ceknon mengamuk tak ada ‘mask’

ANTARA kisah Top 5 Viral minggu ini ialah mengenai lukisan mural potret gergasi beberapa pemimpin negara diconteng dengan cat merah.

Seterusnya mengenai kisah seorang pelajar yang membawa sebotol kicap ke sekolah untuk menikmati bersama bekal yang dibawanya semasa waktu rehat.

Turut tidak ketinggalan, video tular seorang wanita yang dikenali sebagai CekNon yang mengamuk di sebuah gedung perabut popular, disebabkan adiknya tidak dibenarkan masuk kerana tidak memakai topeng muka.

Kisah pasangan Youtuber terkenal, Sugu Pavithra yang membawa kepada kes mahkamah juga menjadi perhatian netizen.

Cerita viral paling menjadi perhatian minggu ini ialah kisah seorang pelajar yang sanggup berjalan kaki ke sekolah kerana tidak cukup tambang bas.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi