Top5 Viral: Kecoh isu hazmat dan Sajat, rumah Cikgu Jumbri terus misteri

RANGKUMAN berita viral yang menjadi perhatian di mStar minggu ini mengenai kehadiran pasukan hazmat ke KLCC selepas seorang remaja warga Kanada pengsan di lot parkir pusat membeli-belah itu, dikaitkan dengan koronavirus.

Namun Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dalam satu sidang media petang Khamis berkata, remaja berusia 17 tahun itu disahkan negatif jangkitan baharu berkenaan.

Selain itu, kisah Sajat berpakaian wanita semasa di Makkah menimbulkan kemarahan ramai dan disifatkan sebagai menghina agama Islam.

Tular juga kisah pengacara Azwan Ali membakar minyak wangi pemberian Datuk Seri Vida.

Perbuatan itu agak melampau kerana disifatkan menghina dua arwah anaknya yang meninggal dunia dalam tragedi kebakaran kira-kira tujuh tahun lalu.

Turut mendapat perhatian kisah rumah misteri cikgu Jumbri susulan penemuan mayat seorang lelaki warga Indonesia yang dipercayai sudah meninggal dunia lebih sebulan lalu.

Dan yang terakhir kisah perkenalan pasangan merpati dua sejoli yang bermula dengan insiden kereta rosak yang dianggap unik dan disamakan seperti drama TV.

Semua
Hiburan
Berita
Variasi