suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gara-gara 'Cikgu Suraya', YouTuber Alieff Irfan berkurung tiga hari dalam rumah... budak perempuan berlagak samseng lepas kereta bapa 'sondol' Mercedes

KISAH viral paling panas minggu ini adalah mengenai seorang Youtuber, Alieff Irfan yang mengalami depresi sehingga mengurung diri selama beberapa hari di rumah gara-gara kontroversi video 'Cikgu Suraya'.

Seterusnya, kisah seorang budak perempuan berlagak samseng yang bertindak menepuk bonet sebuah kereta pengguna jalan raya yang lain selepas terlibat dengan kemalangan jalan raya.

Tidak ketinggalan, pengalaman seram seorang pemuda bersama abangnya ketika melalui jalan Bukit Putus sewaktu dalam perjalanan ke rumah ibu bapa mereka di Kuala Pilah.

Gelagat seorang suami yang curiga terhadap isterinya sehingga mengesyaki wujud 'orang ketiga' dalam rumah tangga mereka, gara-gara hairan isterinya mampu menyiapkan kerja di rumah seorang diri, turut mencuri tumpuan.

Akhir sekali, kisah seorang wanita yang membuang air besar di tepi jalan di Tambak Johor-Singapura sewaktu trafik sedang sesak, sehingga mengundang kecaman netizen.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi