Apa dah jadi dengan Hael Husaini? "Saya mengaku lately menyanyi sumbang" - Video | mStar

Apa dah jadi dengan Hael Husaini? "Saya mengaku lately menyanyi sumbang"

MASALAH kesihatan yang membelenggu penyanyi Hael Husaini jelas memberi kesan kepada kerjayanya sejak kebelakangan ini.

Selain perubahan fizikal kerana pengambilan ubat-ubatan yang mengandungi steroid, Hael berkata dia juga dinasihatkan doktor supaya berehat daripada membuat persembahan selama enam bulan.

“Sukar untuk seorang penyanyi seperti saya apabila mengalami masalah hilang suara, sejujurnya saya belum sembuh sepenuhnya sehingga menganggu kualiti beberapa persembahan sebelum ini.

“Saya terlalu memaksa diri untuk menyanyi dengan sempurna sehingga diminta untuk berehat daripada menyanyi untuk tempoh enam bulan,” kata Hael kepada mStar.

 

hael husaini
Semua
Hiburan
Berita
Variasi