suria

Aksi panas dalam Nur 2 tak 'advance', Ustaz Adam tahu batas siaran TV

PELAKON Syafiq Kyle sudah bersedia menerima kritikan daripada penonton drama Nur 2 yang mula ditayangkan pada Selasa.

Bercerita mengenai aksi panas dalam drama 15 episod itu, Syafiq yang melakonkan watak Ustaz Adam bagaimanapun berkata adegan yang bakal ditonton peminat drama itu malam ini (Rabu) tidaklah terlalu keterlaluan.

"Untuk cerita Nur2 ni tak adalah advance mana pun, kami tahu batas siaran televisyen. Kalau buat untuk siaran internet mungkin kita dah buat dah (aksi panas)," kata Syafiq.

Syafiq atau nama sebenarnya Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak juga mendedahkan penonton bakal disajikan dengan pelbagai adegan yang tidak pernah terjangka oleh sesiapa dalam drama ini termasuklah beberapa adegan mesra yang mula tular sejak beberapa hari lalu.

syafiq kyle, nur 2


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi