"Kalau dilahirkan kaya, saya tak akan jadi penyanyi" - Wany Hasrita - Video | mStar

"Kalau dilahirkan kaya, saya tak akan jadi penyanyi" - Wany Hasrita

IBARAT rumah siap pahat berbunyi, kemenangan penyanyi Wany Hasrita di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 31 (ABPBH31) sebagai Bintang Paling Popular menjadi isu perdebatan netizen.

Rata-rata mempersoalkan faktor kemenangan gadis berusia 26 tahun ini berbanding selebriti popular lain.

Wany atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah bagaimanapun menjelaskan dia sendiri tidak menjangka akan memenangi anugerah berdasarkan undian peminat itu biarpun baru setahun jagung menceburkan diri dalam dunia hiburan.

Selain itu menerusi episod terbaru Ceritera, penyanyi manis ini turut bercerita mengenai latar belakang keluarganya sebelum bergelar artis rakaman.

Agak menyentuh perasaan apabila Wany berkata dia terpaksa hanya makan roti bakar dalam tempoh seminggu kerana kepayaan hidup bersama ibu.

“Orang tengok artis ini hanya hidup glamor, mekap cantik dan dapat tajaan banyak pihak... namun mereka tidak tahu banyak dugaan yang perlu ditempuhi.

“(Rasa penat) bukan sahaja secara fizikal, mental malah juga hati. Jika tidak fikirkan tentang tanggungan, pasti saya sudah lama give up.

“Pernah satu tahap saya dan ibu terpaksa berpindah masuk ke rumah yang masih dalam pembinaan dan hanya makan roti bakar selama seminggu kerana keperitan hidup," katanya kepada mStar Online.


wany hasrita. #ceritera

Lebih Artikel