Gaya turban yang wanita rasa cantik, tapi sebenarnya pelik! - Video | mStar

SEIRING revolusi dan perkembangan zaman, pemakaian turban semakin mendapat tempat dalam kalangan wanita moden.

Fesyen turban yang mudah, tidak mengambil masa yang lama dan ringkas juga membuatkan mereka yang menjalani kehidupan aktif memilih untuk tampil dengan gaya ini.

Menurut pengasas turban, Fab.Vianaa, Asyu Vianaa Mohd Raffi, penggayaan turban semakin diterima ramai kerana ia dilihat membawa aliran fesyen yang moden dan anggun.

"Ramai yang salah anggap mengatakan turban bukan tudung dan mempersoalkan pemakaian turban tidak menepati syariah.

"Tetapi bagi saya, sesiapa saja boleh memakai turban asalnya anda selesa, berani dan yakin untuk mencipta kelainan dalam personaliti.

"Tiada istilah berwajah cantik dan kreatif sahaja boleh menggayakan turban. Yang penting, anda belajar cara pemakaian yang betul, katanya kepada mStar Online.

Asyu berkata, Fab.Vianaa menampilkan turban sedia dipakai atau ready-to-wear (RTW) bagi membantu memudahkan wanita bergaya tanpa perlu meluangkan masa yang lama di hadapan cermin.

"Di Fab,Vianaa terdapat pelbagai rona, design dan material turban yang berkualiti, ringkas dan sesuai dipakai ke mana saja.

"Istimewanya, turban ciptaan saya sesuai digayakan dalam apa saja bentuk wajah, ujarnya.

Fab.Vianaa , Asyu Vianaa , instafamous , turban
Semua
Hiburan
Berita
Variasi