Isu video lucah Ameer punca Forteen dapat markah corot? - Video | mStar

Isu video lucah Ameer punca Forteen dapat markah corot?

KUMPULAN Forteen menepis dakwaan mutu nyanyian kurang memberangsangkan yang disampai mereka pada malam konsert minggu ketiga Gegar Vaganza 5 (GV5) pada malam Ahad adalah berpunca daripada isu video lucah yang dikaitkan dengan salah seorang anggota mereka iaitu Ameer.

Ameer atau nama sebenarnya Mohd Arif Ameerais Azhar menjelaskan dia sudah masak dengan turun naik industri hiburan yang sering mengaitkan penggiatnya dengan perkara negatif.

“Memang tak dijangka benda ini akan berlaku tapi orang kata ini adalah lumrah pasang surut industri, apa pun yang terjadi kita kena tempuh dengan pemikiran yang matang.

“Saya tahu siapa tahu diri saya, ahli kumpulan Forteen yang lain dan keluarga juga cukup mengenali saya. Mulut orang memang kita tak dapat nak tutup jadi biarkan mereka bercakap (tentang video lucah berkenaan),” katanya kepada mStar Online.

Ameer nafi dirinya individu dalam video panas yang sedang hangat diperkatakan

Forteen ditemui semasa sidang media konsert minggu ketiga GV3 yang melihat kumpulan Elite menjadi peserta yang tersingkir untuk konsert minggu ini.

Forteen yang turut dianggotai Izzue Islam, One dan Ariz berkata isu yang membabitkan Ameer tidak memberi impak kepada persembahan mereka kerana ia adalah isu peribadi.

Forteen mendapat tempat ketiga tercorot dalam GV5 minggu ketiga

“Apa yang berlaku kepada Ameer adalah isu peribadi, rasanya langsung tidak mengganggu kami malah dapat memberikan fokus yang baik kepada nyanyian kami.

“Kita sendiri dapat lihat Ameer kuat dalam menempuh ujian ini malah dia sendiri sudah mengeluarkan kenyataan yang individu dalam video tersebut bukanlah dirinya,” jelas Izzue Islam.

forteen , gegar vaganza 5

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

Isteri Adun Panti meninggal dunia

Manchester United pecat Mourinho!