suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

"Anak saya batuk berkahak, sampai biru muka" - Haziq cemas bayi usia sebulan terpaksa kuarantin

PENYAMPAI radio Hot FM, Haziq mengakui cemas apabila bayi keduanya yang baru berusia 35 hari mengalami gejala batuk berkahak hingga menyukarkan penafasan.

Bagaimanapun Haziq atau nama sebenarnya Muhammad Haziq Irfan Mohd Hussni berkata, anaknya Chayra Auliya kini dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan sejak seminggu lalu.

"Dia mengalami batuk berkahak yang sangat teruk sehingga biru mukanya.

"Apabila di bawa ke hospital, doktor beritahu saluran dalamannya kecil hingga sukar untuk keluarkan kahak," katanya kepada mStar Online.


Haziq bersama anak keduanya, Chayra Auliya.

Haziq ditemui selepas diumumkan sebagai pemenang Penyampai Radio Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 31 (ABPBH31) Ahad lalu.

Haziq bersama trofi kemenangannya.

Selain itu pengendali segmen Mega Hot itu berkata bayinya itu terpaksa dikuarantin di dalam bilik khas bagi mengelakkan jangkitan kuman.

"Pada mulanya kami hanya boleh melihat keadaan anak dari luar bilik kaca. Chayra perlu dikuarantin selama 24 jam untuk pemantauan rapi.

Chayra Auliya terpaksa dikuarantin

"Namun Alhamdulillah keadaannya semakin pulih dan dia mungkin dibenarkan pulang dalam masa terdekat," katanya.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi