Zamani yakin boleh 'tarik' lagu nada tinggi walaupun masih derita sakit belakang - Video | mStar

Zamani yakin boleh 'tarik' lagu nada tinggi walaupun masih derita sakit belakang

VOKALIS kumpulan Slam, Zamani berkata keadaan kesihatan yang kurang baik tidak akan menjejaskan penyertaannya dalam program Gegar Vaganza musim kelima.

Jelas Zamani, masalah sakit tulang belakang bengkok yang dihidapi bukan penghalang baginya untuk mempamerkan persembahan bertenaga dalam pertandigan berkenaan.

"Sebetulnya saya risaukan masalah bahagian belakang badan yang masih belum pulih sepenuhnya.

“Namun saya akan kurangkan pergerakan kerana masalah itu menyebabkan rasa tidak selesa. Pihak penganjur juga sudah dimaklumkan tentang keadaan saya," katanya kepada mStar Online.

Zamani bakal meriahkan Gegar Vaganza (GV)

Zamani adalah antara 12 peserta musim baru program popular Gegar Vaganza (GV).

Bercerita mengenai penyertaannya dalam GV5, penyanyi lagu Gerimis Mengundang itu berkata dia yakin mampu menyerlah selain mahu melepaskan rindu peminat.

"Saya masuk pun sebab nak cuba nasib. Kalau betul dari segi pemilihan lagu, saya yakin dapat beri persembahan yang baik," katanya.

GV5 bakal bersiaran secara langsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dekat sini bermula 30 September ini.

zamani , gegar vaganza

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan