“Dah macam shooting filem aksi!” - Arja Lee cari pemandu punca kemalangan hampir ragut nyawa - Video | mStar

“Dah macam shooting filem aksi!” - Arja Lee cari pemandu punca kemalangan hampir ragut nyawa

PELAKON Arja Lee mendedahkan dia hampir maut apabila mengalami kemalangan semasa dalam perjalanan pulang ke rumahnya.

Penyanyi lagu Bintang Malam ini berkongsi perkara tersebut melalui Instagram pada malam Isnin

“Kejadian bermula apabila saya memandu kereta dari arah KLCC menuju ke Jalan Ampang, secara tiba-tiba ada sebuah kereta dari arah bertentangan membelok masuk ke sebuah restoran dan lebih mengejutkan kenderaan terbabit tiba-tiba sahaja berhenti lalu mengundur.

“Jarak ketika itu kurang dari 100 meter dan untuk mengelakkan saya dilanggar dari belakang, saya nekad untuk mengelak dengan memasuki jalan bertentangan,” katanya di Instagram.

Keadaan tayar kerete milik Arja Lee selepas kejadian

Pelakon drama Bahagia Bukan Bidaan itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan

Dalam pada masa sama, Arja, 35, merayu mana-mana pihak yang mempunyai maklumat untuk melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sekitar kejadian agar menghubunginya.

“Alhamdulillah saya tidak mengalami sebarang kecederaan meskipun tayar kereta bahagian belakang hancur.

“Harap-harap ada pihak yang sudi membantu untuk saya melihat kembali rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengenal pasti pemandu yang tidak bertanggungjawab tersebut.

“Bayangkan kejadian ini berlaku kepada pemandu lain yang mambawa keluarga dan anak kecil, pasti berlaku kecederaan yang tidak diingin,” tambah Arja.

arja lee

Artikel Lain