suria

Culik Andi Bernadee masuk kampung Orang Asli

KUNJUNGAN penyanyi Andi Bernadee ke Kampung Orang Asli Sungai Bil, Slim River di Perak mengejutkan kanak-kanak dan remaja masyarakat itu.

Sebagai penyanyi baharu, Andi pada mulanya tidak menyangka mereka mengenalinya walaupun pertama kali berjumpa secara dekat.

"Mereka tahu saya jadi viral sebab menyanyikan lagu Tak Tun Tuang. Lebih mengagumkan apabila mereka hafal dan menyanyikan lagu itu bersama saya," katanya.


Andi memakaikan kemeja-T Projek 57 kepada salah seorang penduduk Kampung Sungai Bil.

Penyanyi kelahiran Sabah itu ditemui ketika mengikuti konvoi kembara amal Unity Drive anjuran Plus Malaysia Berhad sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2018.

Tambah Andi sejajar dengan tema Unity Through Connectivity, program seperti itu berjaya mengeratkan lagi hubungan antara kaum di negara ini.

"Walaupun kehadiran konvoi kami hanya sekejap, sekurang-kurangnya ia membantu membawa keceriaan kepada mereka.

"Kedudukan di luar bandar bukan alasan untuk kita abaikan mereka. Saya yakin jarak antara kita semua rakyat Malaysia dapat didekatkan menerusi jaringan perhubungan yang baik," katanya.


Konvoi Unity Drive bermula di Persana Plus.

Program inisiatif Plus itu turut mendapat sokongan sebuah pertubuhan dikenali sebagai Projek 57.

Sumbangan sebanyak RM3,000 juga diberikan bagi tujuan pembangunan pendidikan untuk masyarakat Kampung Orang Asli Sungai Bil.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi