suria

"Biar tak popular, yang penting tuhan tak marah" - Nasir Bilal Khan

PELAKON Nasir Bilal Khan mengakui sukar untuk mengikis watak Tok Adi menerusi drama Tanah Kubur yang sebati dengan dirinya sejak sekian lama.

Bagaimanapun menurut Nasir, 58, kepercayaan untuk menggalas watak antagonis sebagai Abuja dalam filem Munafik 2 merupakan cabaran yang diidamkannya.

“Saya telah 'hidup' dengan watak itu (Tok Adi) begitu lama iaitu selama 15 musim.

"Daripada dulu memang saya harapkan skrip yang boleh mendidik masyarakat seperti dalam Munafik 2, apa yang mereka dapat selepas menonton filem dapat digunakan dalam kehidupan seharian," katanya kepada mStar Online.


Nasir membawakan watak Abuja dalam Munafik 2

Selain Nasir , filem ini turut dibintangi , Maya Karin, Fizz Fairuz, Mawi, Datuk Rahim Razali, dan ramai lagi.

Filem arahan dan Syamsul Yusof ini bakal ditayangkan dipawagam bermula 30 Ogos ini.

nasir bilal khan, munafik 2


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi