suria

Dikritik tak ada identiti, Sissy Iman 'balas dendam' nyanyi lagu Mas Idayu versi jazz

PENYINGKIRAN penyanyi Sissy Iman pada konsert minggu keempat program Big Stage Ahad lalu masih menjadi bualan peminat di media sosial.

Malah Sissy sendiri dilihat masih tidak berpuas hati apabila dikritik penyanyi Mas Idaya selaku juri jemputan kerana tidak menampilkan identiti sendiri ketika menyanyikan lagu dangdut Senggol-senggolan, cubit-cubitan.

Menerusi posting di Instagram, Sissy memuat naik video dia menyanyikan semula lagu berkenaan dengan versi berbeza mengikut keselesaannya sendiri.

Turut mengiringi video berkenaan ialah kapsyen panjang lebar bagi menjelaskan kekeliruan yang timbul berhubung susunan muzik pada konsert berkenaan yang dikatakan bagi menepati tema 'tapi bukan aku'.

Sissy Imann sekadar penjawab persoalan ramai

“Ramai yang bertanya dan saya rasa saya perlu jelaskan. Tema pada malam itu adalah 'tapi bukan aku' maka saya berpendapat perlu mengekalkan susunan muzik asal.

“Peserta lain turut tidak mengubah muzik asal dalam lagu yang mereka sampaikan untuk menghormati tema tersebut,” ujarnya kepada mStar Online.

Ahad lalu, Faizal Tahir selaku antara juri tetap program tersebut mengakui melakukan kesilapan apabila tidak menggunakan kuasa imuniti bagi menyelamatkan Sissy Imann daripada tersingkir. 

sissy imann, big stage


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi