suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Vicha dedah pernah jadi mangsa 'body shaming' oleh keluarga sendiri

PELAWAK Vicha mendedahkan dia pernah menjadi mangsa 'body shaming' daripada keluarganya sendiri sebelum bergelar selebriti terkenal di Malaysia.

Bagaimanapun, Vicha atau nama sebenar Refika Novianti Faturohman tidak patah semangat dengan kritikan yang diterima malah semakin kental mengejar impiannya.

“Sebenarnya daripada keluarga sendiri pun saya pernah menerima 'body shaming', bapa pernah memarahi saya ketika mahu mencuba ujibakat sebuah drama dengan mengatakan saya tidak akan terpilih kerana mempunyai badan yang gemuk.

“Buli itu membuatkan saya berasa 'down', namun saya berfikir kenapa orang lain boleh tetapi tidak saya,” katanya kepada mStar Online.


Vicha pernah menjadi mangsa 'body shaming'

Vicha ditemui ketika menjayakan pertunjukan fesyen pakaian rekaan Azhar Zainal yang diadakan di Nu Sentral, Kuala Lumpur pada Rabu.

Dalam pada itu, pelakon drama Sejuta Rasa Buat Adelia ini menganggap kecantikan seseorang itu bukannya datang daripada saiz tubuh badan.

“Tubuh 'plus size' juga mempunyai hati yang 'plus size', tolong berhenti buli mereka yang mempuyai saiz sebegini kerana mereka tidak pernah meminta untuk dilahirkan dengan badan gemuk.

“Kalian perlu memberi kesempatan dan menyokong mereka mengubah diri saiz yang yang lebih baik,” katanya.

vicha


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi