suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Makin dekat nak bersara, Altimet dilambung pujian

PENYANYI rap Altimet mengakui berhadapan pelbagai ujian ketika rancangannya untuk bersara daripada bidang nyanyian semakin hampir.

Altimet atau nama sebenarnya Ahmad Abdul Rahman, 40, bagaimanapun tidak terbuai dengan kemasyuran yang diterimanya kini.

“Ini adalah ujian daripada Allah, ego saya sedang diuji kerana ketika ini semua orang 'membelai' dan memuji saya walaupun ada antara mereka sebelum ini menasihatkan agar saya tidak menjadi penyanyi.

“Namun saya sangat teruja untuk menempuh sesuatu yang baru selepas bersara nanti," katanya kepada mStar Online.

Altimet ditemui pada majlis pelancaran single terbarunya berjudul Muda duet bersama Kidd Santhe.

Ia merupakan single keempat dari album Air yang dilancarkan pada Mac lalu.

altimet


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi