suria

Usia dah lanjut tapi Tony Eusoff belum rasa nak kahwin

PELAKON Tony Eusoff berkata dia masih belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga biarpun usianya sudah mencecah 40-an.

Tony atau Anthony Joseph Hermas Rajiman, 41, berkata dia langsung tidak menerima sebarang tekanan terutamanya daripada keluarga agar segera menamatkan zaman bujang.

“Belum berkeluarga adalah pilihan saya sendiri, tiada orang paksa untuk tidak berkahwin mahupun berkahwin.

“Keluarga amat memahami dan ibu tidak pernah bertanya bila saya akan menamatkan zaman bujang,” katanya kepada mStar Online.

Pelakon yang terkenal dengan watak P. Ramlee dalam teater P. Ramlee the Musical ini ditemui pada majlis pelancaran drama web, Projek Dapat Baby oleh Najwa Medispa yang diadakan pada Khamis lalu.

Siri lapan episod itu turut menampilkan barisan pelakon seperti Rita Rudaini, Azhar Sulaiman, Louisa Chong, Aida Khaleeda dan Fikry Ibrahim.

Ia bakal menemui penonton di YouTube pada 30 Julai ini pada setiap Isnin dan Selasa bermula 1 petang.

tony eusoff


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi