suria

David Teo sindir artis, rakan niaga besar kepala

PENERBIT terkenal David Teo berkata dia memang sengaja menyindir beberapa golongan melalui single terbaru nyanyiannya berjudul Besar Kepala.

David, 54, sebelum ini pernah menghasilkan sebuah single berjudul Kacang yang didakwa ditujukan kepada bekas artis naungannya yang mula lupa diri.

“Ini semua inspirasi daripada pengalaman berniaga bertahun-tahun, saya menyanyi untuk menyampaikan sesuatu dan siapa makan cili pasti dia terasa pedasnya.

“Yang pasti lagu ini ditujukan kepada golongan penggiat seni iaitu artis, pengarah dan sebagainya malah buat mereka yang berada dalam dunia perniagaan yang sudah melupakan siapa yang membantu memberi modal ketika mereka susah,” katanya kepada mStar Online.

david teo, besar kepala, kacang


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi