suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penat asyik ditanya kes Amman Nazhan, Izzrin Irfan terfikir berehat daripada industri seni

MESKIPUN sudah mengakui silap dan membuat permohonan maaf, namun nama pelakon dan penyanyi Izzrin Irfan nampaknya masih lagi menjadi bualan netizen.

Gara-gara terlibat dalam gimik kontroversi dicipta Ammar Nazhan, nama Izzrin turut terpalit sehingga menerima kecaman.

Disebabkan itu, Izzrin berkata dia terfikir untuk berehat daripada industri seni buat sementara fokus dan memberikan fokus kepada kerjaya lain.

“Saya sebenarnya malas dengan kamera sebab kalau nak beraksi depan kamera ni bila-bila pun boleh sebab buat masa sekarang ini keutamaan bukan lagi macam dulu kerana ada pekerjaan lain nak dilakukan.

“Saya nak fokus kepada perniagaan keluarga dulu sebab ramai yang masih bertanya mengenai isu lama tu sedangkan saya sudah buat permohonan maaf, mereka tanya berulang jadi bila jumpa asyik cakap perkara sama.

“Saya jadi malas dan fikir mungkin kalau berehat sekejap boleh buat orang lupa kot,” kata Izzrin kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi