suria

Lagu raya belum lancar tapi dah kena kecam... Asfan Shah tetap tenang jual air di bazar Ramadan

DILEMPARKAN kata-kata kesat dan kecaman sewaktu melancarkan klip pendek lagu raya berjudul Havoc, penyanyi Asfan Shah meluahkan rasa kecewa melihat komen negatif dilemparkan netizen itu.

Asfan atau Norasfan Shah Rudin, 40, meminta supaya netizen berfikiran positif dan tidak menilai daripada perkongsian klip pendek saja sebaliknya menunggu sehingga lagu itu dilancarkan sepenuhnya dalam waktu terdekat ini.

“Sebenarnya lagu tu belum keluar lagu cuma teaser saja, lagu tu saya yang tulis dan nyanyi bersama Black Hanifah serta beberapa influencer yang lain.

“Yang cakap tak lagu tu tak sedap saya okay saja tapi ada yang maki hamun saya dan kecewa sikit sebab kenapa mereka (netizen) perlu keluar ayat kasar macam tu.

“Ayat-ayat kesat ni tak seronok didengari terutamanya dalam bulan Ramadan ni kan, mereka pertikaikan maksud lagu tu tapi tak tahu maksud perkataan Havoc tu maksudnya malapetaka,” kata Asfan kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Ramadan ini Asfan akan memperlahankan karier seninya bagi memberikan fokus buat keluarga serta ibadah dalam bulan Ramadan serta sibuk berniaga bersama influencer Ai Sulong di bazar Ramadan di Shah Alam, Kampung Bharu dan Seremban.

TONTON VIDEO TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi