suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak kenal ustaz datang booth buat ‘content’, Cat Farish pening tiba-tiba diserang pengikut TikTok

GARA-GARA tidak mengenali seorang TikToker, penyanyi Cat Farish menerima kecaman hebat netizen di aplikasi TikTok.

Mengakui tidak aktif menggunakan media sosial, Cat atau Farish Ramli, 50, berkata dia memang tidak mengenali TikToker yang digelar sebagai ustaz itu.

“Sehinggakan pengikut dia bertanya kepada saya tak kenal ke orang tu, saya jadi pening sebab perlu ke saya kenal dengan dia... teruk juga saya kena kecam sehingga membandingkan jumlah pengikut saya sikit berbanding dia (TikToker) tu.

“Saya memang tak layan sosial media dan hanya aktif untuk tujuan perniagaan saja, orang semua tanya saya kenal ke tak sedangkan saya memang tak nak kenal pun, kita ada adab kalau nak buat content sekali pun boleh saja tegur elok-elok,” katanya kepada mStar.

Sementara itu, Cat memberitahu perkara itu terjadi semasa dia menghadiri salah satu karnival makanan bertempat di Alor Setar, Kedah pada minggu lalu.

TONTON VIDEO TEMUBUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi