suria

Azhar Sulaiman tak halang anak kahwin muda, letak syarat bakal menantu mesti ada kelayakan pendidikan

PELAKON Azhar Sulaiman tidak menghalang sekiranya anak perempuannya iaitu Kasih Iris Leona mahu menamatkan zaman bujang dalam usia masih muda.

Kata Azhar, dia tidak memandang perkara tersebut sebagai satu kesalahan malah meluahkan rasa syukur sekiranya perkara terseut benar-benar berlaku.

“Saya ada tiga orang anak. Mereka semua lain-lain pendapat. Leona ini dia tengok diri dia seperti emak dia dan saya pun sendiri kahwin di pada umur 25.

“Mungkin dia tidak mahu terlalu lama untuk berhibur dengan kawan-kawan atau hidup ‘single’ sampai umur 27 tahun. Dia hanya mahu habis belajar, kerja dan terus kahwin. Syukurlah kalau dia nak kahwin,” katanya kepada mStar.

Ketika ditanya mengenai ciri-ciri menantu yang diterimanya, Azhar hanya meminta individu tersebut mempunyai kelayakan pelajaran.

“Ciri-ciri yang saya mahu hanyalah ada pembelajaran walaupun dalam apa sahaja bidang. Ini kerana kalau apa-apa yang berlaku, setidaknya dia ada sijil pelajaran. Kalau tidak ada, nanti susah untuk dapat pekerjaan,” ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi