suria

Zul Ariffin tak jadi menetap di Arab Saudi, tapi kerap pergi jika ada masa terluang

KARIER lakonannya semakin berkembang dan diterima ramai, pelakon Zul Ariffin memilih untuk membatalkan hasrat untuk menetap di Arab Saudi.

Kata Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Ariffin, 37, ketika ini dia berasa tiada keperluan untuk berhijrah ke negara tersebut namun tetap akan melawat sekiranya mempunyai masa lapang.

“Kalau saya ada masa terluang, saya memang akan pergi ke sana sebab duduk di Malaysia lama-lama bukan boleh sangat. Nanti buat benda lain pula. Lebih baik duduk di sana, selamat sikit.

“Saya memang rancang nak duduk sana, tetapi nak dijadikan cerita, Alhamdulillah filem Sheriff ini mendapat kutipan tinggi. Jadi saya rasa tidak perlu (duduk di Arab). Jadinya saya hanya pergi balik sahaja. Tiada masalah,” katanya kepada mStar.

Dalam masa sama, mengulas mengenai perancangan untuk mengusahakan perniagaan di Arab Saudi, Zul berkata ramai yang tersalah tafsir terhadap kenyataannya sebelum ini.

TONTON VIDEO DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi