suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Haneesya Hanee takut berlakon babak kelab malam, sampai menggigil tangan... Trauma komen netizen

PELAKON Haneesya Hanee mengakui dia berasa trauma dan takut untuk melakukan babak di kelab malam kerana risau kisah lamanya diungkit kembali oleh netizen.

Ini selepas dia pernah dikecam teruk netizen apabila videonya bersama rakan-rakan berhibur di kelab malam tersebar pada tahun 2019.

“Bagi saya imej saya ini memang sudah buruk. Saya tidak risau benda ini (babak kelab malam) merosakkan diri saya tetapi masih ada sedikit trauma dengan netizen. Kita tidak boleh jangka netizen,” katanya kepada mStar.

Tambah Haneesya, walaupun kisah gelap itu telah lama berlalu, namun sehingga kini masih ada yang melontarkan komen berbaur negatif terhadap dirinya.

“Sehingga sekarang ia beri kesan kepada saya. Sekarang ini masih ada yang komen, tetapi sudah kurang. Tidak seserius yang dahulu.

“Tetapi saya risau kalau cerita (Aku Bukan Ustazah) ini keluar, dia akan buatkan netizen teringat kisah lama saya. Ini yang buat saya takut. Kecaman yang saya kena itu saya tidak sanggup lagi. Serius saya takut,” ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi