suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nekad jaga anak angkat sindrom down sejak lahir, wanita ini sedih dituduh mahu tagih simpati

MESKIPUN tiada pekerjaan dan pendapatan tetap, wanita dikenali sebagai Nur Amalina nekad untuk memelihara seorang anak angkat yang mempunyai penyakit sindrom down.

Jelas Amalina, dia berasa simpati terhadap anaknya yang diberi nama Adam itu kerana ditinggalkan keluarga sejak dilahirkan.

“Keluarga dia sendiri memang sudah beritahu doktor untuk serahkan dia ke JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) atau cari keluarga angkat.

“Daripada lahir sampai umur lapan bulan, memang tiada keluarga yang datang jenguk.

“Saya menangis dengan emak saya, saya cakap saya nak budak ini,” katanya kepada mStar.

Tambah Amalina, selain mendapat kata-kata positif daripada orang ramai, ada juga segelintir mengecamnya kerana dikatakan mengambil anak angkat hanya untuk kepentingan peribadi.

“Setiap kali saya buat siaran langsung, mesti ada kecaman. Mereka cakap saya ambil anak angkat untuk tagih simpati untuk dapatkan duit. Ada kata guna untuk kepentingan diri sendiri,” ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi