suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bayar sejuta pun Bandi tak sanggup buka topeng, enggan derhaka kumpulan Amuk... “Sia-sia perjuangan hampir 30 tahun”

PENYANYI Bandi Amuk kekal pendiriannya untuk mengekalkan imej bertopeng meskipun ditawarkan bayaran tinggi untuk mendedahkan wajah sebenarnya di khalayak.

Bandi atau Nashabandi Jumat, 55, berpendapat sekiranya dia membuka topeng tersebut dia seperti telah mensia-siakan perjuangan dirinya dalam dunia muzik rock selama ini.

“Sebenarnya ramai orang di luar sana sudah tahu siapa Bandi tapi untuk saya buka topeng dan dedahkan kepada umum wajah sebenarnya mungkin tidak.

“Kerana perjuangan saya dengan kumpulan Amuk sudah masuk 28 tahun, jadi buka topeng ini satu perkara yang sia-sia sebab sudah berjuang lama untuk imej ini dan rasa macam derhaka pula dekat Amuk.

“Topeng ini sebenarnya ada rezeki saya, terima kasih kepada arwah Encik Azmi yang bersama saya, kalau dulu ada orang tawar satu juta baru buka topeng tapi sekarang mungkin tak kot,” kata Bandi kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Bandi sekarang sudah bergiat aktif berlakon dan terbaharu lakonannya menerusi filem Syaitan Munafik yang membariskan pelakon hebat seperti Ashraf Sinclair, Mydin, Ery Putra, Raja Farah dan ramai lagi yang kini sedang ditayangkan di pawagam.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi