suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bekas menantu minta Zainal Abidin nasihat anak, sedih tak dapat berhubung dengan cahaya mata

BEKAS menantu jurulatih bola sepak kebangsaan Datuk Zainal Abidin Hassan iaitu Suzur Sofia meluahkan rasa sedih apabila bekas bapa mentuanya itu tidak dapat membantu menyelesaikan konflik rumah tangga membabitkan dirinya dengan bekas suami iaitu Mohd Zaiza.

Kata Suzur Sofia Smeth Jaya, 32, dia mengharapkan agar bekas mentua dapat menjadi orang tengah, namun Zainal dilihat enggan masuk campur dalam kemelut melanda.

“Saya agak sedih, saya mendapat mesej daripada dia (Zainal Abidin) mengatakan tolong jangan libatkan saya dalam kes rumah tangga dan saya tak mahu ambil tahu.

“Bagi saya siapa lagi saya nak cari dan luahkan... ketika saya masuk Islam bagi saya merekalah keluarga saya, tapi bila rumah tangga kami ni berlaku tolonglah nasihatkan anak mereka (Zaiza),” katanya kepada mStar.

Terdahulu, Zaiza mengaku tidak bersalah atas pertuduhan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap Sofia pada 25 Februari lalu.

Sebutan semula kes berkenaan pada 26 Oktober depan.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi