suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Saya rasa nak muntah!”… Ridhuan Tee tegur video ‘Abang Tesla’, parodi minta izin isteri kahwin selepas solat persenda agama

PENDAKWAH bebas Profesor Dr Mohd Ridhuan Tee menegur perkongsian video dimuat naik personaliti media sosial dikenali sebagai Abang Tesla yang menjadi bualan hangat netizen.

Kata Ridhuan, 57, isu rumah tangga tidak sepatutnya dihebahkan kepada umum kerana ia membabitkan maruah suami dan isteri.

Dalam pada itu, Ridhuan turut menegur tindakan netizen yang berkongsi video parodi atau lakonan semula memaparkan suami meminta izin untuk berkahwin lagi selepas selesai solat.

“Bila saya tengok video tadi (video viral Abang Tesla) saya rasa nak muntah.

“Saya nak sebut istilah gatal dan cuba dapatkan perhatian orang ramai tapi akhirnya jadi bahan kecaman netizen.

“Tak fasal-fasal dapat dosa, nasihat saya berpada-padalah dalam membuat content negatif,” katanya kepada mStar.

Sebelum ini nama Abang Tesla menjadi viral di media sosial selepas berkongsi video meminta izin isterinya untuk berkahwin kali kedua kira-kira tiga jam sebelum pernikahannya itu.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi