suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Berat tuduhan tunggang agama, Naufal Azrin ajak individu tulis komen jahat berjumpa… “Saya tak alim la”

PENYANYI Naufal Azrin menafikan dakwaan dan tuduhan netizen kononnya dia menunggang agama demi meraih populariti.

Tuduhan itu timbul selepas penampilan Naufal dilihat berbeza dengan imejnya sebelum ini bersama kumpulan nasyid.

Dalam hal ini, Naufal, 25, berkata gaya penampilannya itu tiada kena mengena dengan agama dan dia meletakkan Islam sebagai panduan hidupnya.

“Tidaklah, menunggang agama ni dosa tau... sebenarnya saya pun tak plan rezeki saya dalam industri ni macam mana.

“Jadi apa yang dugaan yang datang dekat saya ni saya hadap dan terima sahaja.

“Ada ke yang cakap saya tunggang agama? Kalau ada jom kita berjumpa bincang-bincang sikit.

“Saya tidak tunggang agama kalau cakap fasal Islam tu, Islam tu ada dekat dalam (hati). Saya pun tak alim la,” katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain, Naufal pertama kali membintangi drama terbaharu terbitan Astro yang berjudul One Million Dollar Voice dan memainkan peranan sebagai seorang penunggang agama yang bakal bermula pada 28 Ogos depan.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi