suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Mimpi ngeri!”… Zara Zya trauma terima mesej berbaur lucah, kumpul bukti buat laporan polis

TAKUT dan trauma... itulah perasaan pelakon Zara Zya selepas membuat pendedahan dirinya menjadi mangsa penipuan atau scammer dan gangguan seksual.

Kata Zara atau Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 38, kehidupan sebagai selebriti yang perlu bertemu ramai orang membuatkan dirinya kini lebih berhati-hati apabila berada di tempat awam.

“Mimpi ngeri! Takut jugalah, trauma sebab kerja saya sebagai seorang selebriti perlu berdepan dengan ramai orang.

“Kadang-kadang kita takut terlepas pandang, takut orang apa-apakan kita sebab saya perempuan, apa-apa boleh jadi.

“Dan bila ada kes begini saya rasa perlu ambil langkah berjaga-jaga terus buat laporan polis sekurang-kurangnya mereka sudah tahu,” katanya kepada mStar.

Zara telah membuat laporan polis berkenaan isu berkenaan pada 11 0gos lalu.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi