suria

[V] Kena kecam cari calon suami beragama, Nadia Brian minta jangan perli tapi doa

PELAKON Nadia Brian tidak melihat kenyataannya ingin mencari seorang lelaki yang memiliki ilmu agama sebagai calon suami sebagai satu perkara yang salah.

Nadia atau Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 32, sebaliknya berkata, sebagai seorang wanita dia memang mahu mencari suami yang boleh membimbingnya ke arah lebih baik.

"Saya ditanya tentang kriteria bakal suami dan saya beritahu nak yang beragama... Tapi mungkin dia (penulis) ada tukar sikit perkataan itu tapi tidaklah salah.

"Mestilah kita nak yang beragama, dapat membimbing dan susah senang bersama.

Snapinsta.app_366069614_18379364287032212_8278764284977426945_n_1080

Nadia akui masih lagi solo.

"Sebenarnya nak berubah pun bergantung pada diri sendiri, doakan yang terbaik untuk saya," katanya kepada mStar.

Nadia berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media pelancaran siri B.A.R.I.S.T.A: Misi Terpaling Sulit yang diadakan pada petang Khamis.

Dalam pada itu, Nadia berkata, dia berharap orang ramai mendoakan perkara yang baik buat dia dan bukannya memerli apabila berkongsi calon suami yang diidamkan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Itu hanya content”... Usahawan baju tiada niat gores hati Nadia Brian, tengking depan orang ramai sekadar gurauan

ARTIKEL BERKAITAN: “Hey janganlah sombong” - Nadia Brian ditengking tolak pelawaan buat ‘content’ TikTok sebab nak ke tandas

Kata Nadia, selepas dua tahun bercerai dengan bekas suami, dia juga sudah bersedia menjalinkan hubungan baharu namun kekangan masa membuatkan dia masih solo.

"Saya memang single tapi saya dah bersedia untuk berkawan.

Mestilah kita nak yang beragama, dapat membimbing dan susah senang bersama.

NADIA BRIAN

PELAKON

"Bila ada yang kata saya tak sesuai dengan orang beragama... Saya minta doa yang baik-baik, penampilan saya bukannya keterlaluan.

"Kalau keterlaluan pun saya minta maaf... Saya masih menjaga batas, tidak menganggu sesiapa dan tahu menjaga diri. Malah saya ada niat nak berubah menjadi lebih baik," luahnya.

Serius mahu melakukan perubahan, Nadia juga memberitahu dia kini sedang dalam proses mendalami ilmu agama namun lebih selesa perkara itu tidak dikongsi kepada orang ramai.

Snapinsta.app_365044034_18378559237032212_3227344579546716059_n_1080

Nadia minta maaf penampilan kerterlaluan.

"Saya ada mendekati (agama) untuk diri saya sendiri seperti mengaji, tapi saya tak kongsi kepada orang ramai. Benda baik ini saya rasa bersifat peribadi," jelasnya.

Sebelum sebuah media melaporkan Nadia mengakui mencari calon suami yang kuat agama membuatkan ramai mengecam pelakon berkenaan.

Rata-rata mereka berpendapat Nadia tidak sesuai mencari pasangan beragama memandangkan penampilannya yang seksi.

Untuk rekod, Nadia pernah mendirikan rumah tangga dengan Muizz Nasruddin pada 9 November 2019 namun mereka bercerai pada April 2021.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain