suria

Top 5 Viral: Terkejut tengok rider bawa panda jalan-jalan, abang kurier sedih lori kosong... tiada job

CARTA Top 5 Viral minggu ini memaparkan lima kisah hangat yang menjadi tumpuan sepanjang minggu ini.

Antaranya, seorang pemuda yang berkongsi kisah transformasi kejayaannya daripada seorang budak nakal sehinggalah bakal memperoleh 'double degree'.

Kisah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun yang memukau seluruh rakyat dengan penampilan baharunya, turut tersenarai.

Selain itu, kisah seorang rider yang bergambar bersama seekor panda, turut mencuri perhatian.

Luahan sedih seorang penghantar barang syarikat kurier juga tidak kurang hangatnya.

Paling mendapat perhatian, kisah dua sahabat yang menjana pendapatan sehingga RM19,000 menerusi bisnes baju dalam masa lima hari.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi