suria

"Dia tak ada wang, saya tolong bayar" - Raja Yunika tak sangka selebriti 'AA' kaki curi

PERSONALITI Indonesia, Raja Yunika Putri yang mendakwa menjadi mangsa kes curi oleh artis Singapura enggan menarik balik laporan polis yang dibuatnya terhadap selebriti itu.

Menurut Yunika, dia dimaklumkan oleh pihak berkuasa Singapura bahawa artis berkenaan sudah ditahan bagi membantu siasatan susulan laporan polis yang dibuatnya sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Siapa artis AA kaki curi? Pelakon Indonesia pula dakwa jadi mangsa songlap duit

“Ya betul, dia sudah ditahan pihak berkuasa di sana. Sebelum ini dia ada menghubungi saya untuk selesai cara baik, namun saya berita tidak akan menarik laporan polis itu.

Laporan polis yang dibuat Yunika.

“Pada awalnya dia seakan sudah kesal terhadap kesilapannya sebelum ini, tapi kini saya rasa dia suka dengan masaala yang menimpa. Saya harap dia dapat berubah,” kata Yunika ketika dihubungi mStar pada Rabu.

Sementara itu media Singapura, Berita Mediacorp turut melaporkan mengenai penahanan selebriti berkenaan.

Terdahulu, Yunika yang juga salah seorang pemimpin dalam sebuah parti politik di Indonesia melalui portal haluankepri.com mendedahkan sejumlah wangnya dicuri selebriti tersebut semasa membuat bayaran di sebuah restoran makanan Jepun di Clarke Quay, Singapura pada 7 Jun lalu.

Sehubungan itu Yunikajuga melaporkan insiden terbabit kepada pihak polis Singapura untuk tindakan lanjut.

Yunika enggan tarik semula laporan polis.

Dalam perkembangan lain, pelakon Filem Cinta Palsu Suaminya mendakwa pertemuannya dengan artis AA dibuat bagi membincangkan mengenai peluang pekerjaan di Indonesia.

“Saya langsung tidak menyangka akan diperlakukan begini oleh Aliff, awalnya cuma berniat untuk membantunya mendapatkan tawaran berlakon di Indonesia kerana dia mengadu tidak mendapat sebarang tawaran selepas bercerai dengan bekas isteri.

“Memang sudah menjadi tanggungjawab saya sebagai ahli politik untuk membantu golongan muda yang menghadapi kesukaran sepertinya,” tambah Yunika.

raja yunika putri, singapura


Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi