suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Belum betul-betul sembuh, Zul Ariffin dah nak 'shooting' filem aksi

PELAKON sensasi Zul Ariffin berkata dia masih belum pulih sepenuhnya daripada masalah bengkak di bahagian pankreas yang dialaminya bulan lalu.

Bagaimanapun Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Ariffin, 33, menjelaskan dia sedang berusaha sedaya upaya untuk memastikan tahap kesihatan baik sepenuhnya bagi menjalani sekual sebuah filem aksi yang akan memulakan pengambaran dalam tempoh beberapa minggu lagi.

“Alhamdulillah keadaan semakin baik namun belum sepenuhnya, beberapa minggu lalu keadaan sungguh teruk sehinggakan saya tidak dapat keluar dari rumah mahu pun berjalan.

“Namun saya berasa lega kerana isu kesihatan ini tidak berlaku semasa pengambaran mana-mana filem ataupun drama. Tetapi apa yang merisaukan saya ialah pengambaran sebuah filem akan bermula dalam tempoh beberapa minggu.

"Harapnya saya sudah sembuh sepenuhnya ketika itu tambahan lagi ia melibatkan aksi lasak yang bakal menguji ketahanan fizikal saya,” kata Zul kepada mStar Online.



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi